Kumpulan artikel seputar pertanian & perikanan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Siar Kaki/ Lorong Basikal

Salam sejahtera dan bahagia buat sobat semua, smoga selalu diberkahi oleh Yang Kuasa. Dalam kesempata yang berbahagia ini kita akan akan membuka sedikit tentang GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Siar Kaki/ Lorong Basikal."Fungsi penanaman adalah untuk teduhan, meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna.

Keperluan Ruang
i. Minimum 3m lebar ruang perlu disediakan sebagai kawasan siar kaki dan lorong basikal iaitu 1.5m lebar untuk kawasan siar kaki dan 1.5m untuk kawasan lorong
basikal. Kedua-dua laluan ini perlu dibezakan dengan perbezaan kemasan permukaan atau warna. Untuk kawasan persimpangan, perlu dibina dengan kemasan bahan dan corak yang berbeza untuk menonjolkan kawasan persimpangan tersebut.

ii. Minimum 1.5m ruang penanaman disediakan di sepanjang siar kaki/lorong basikal. Untuk kawasan berturap, disyorkan penggunaan ‗treegrating� bersaiz minimum 1.5m x 1.5m sebagai ruang penanaman.

iii. Ruang tanaman pagaran (hedges) perlu disediakan di antara kawasan siar kaki dengan jalan utama.

Jenis Tanaman
Kriteria pemilihan jenis tanaman adalah seperti berikut:
i. Satu jenis pokok utama untuk sepanjang laluan siar kaki/lorong basikal. Pokok dari jenis berakar tunjang, sederhana besar, berbatang lurus dan tegak, silara rendang dan berbunga.

ii. Pokok renek berdaun padat dan rimbun perlu ditanam di bahagian bawah pokok utama, untuk meminimumkan kesan silauan kenderaan, mengurangkan bunyi bising dan habuk.
Gabungan ruang penanaman dan ‗earth-mound� sebagai Pemisah di antara jalan utama dan lorong basikal.




Penanaman pokok renek sebagai tanaman ‗pagar� sesuai ditanam
di sepanjang laluan siar kaki.


2m 2m
Gabungan ruang penanaman dan ‗earth-mound� sebagai pemisah di antara jalan utama dan lorong basikal.

Jarak Penanaman
a. Kawasan penanaman perlu disediakan selari dengan jajaran kawasan siar kaki dan lorong basikal.

b. Penanaman sama jarak, minimum 1m dari tepi kawasan siar kaki/lorong basikal.

c. Lokasi kotak tanaman dan ‗tree-grating� mestilah mengambil kira kesesuaian jarak tanaman dan reka bentuk keseluruhan.

Cadangan Tanaman
Tanaman yang dicadangkan untuk kawasan siar kaki dan lorong basikal adalah:

NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN
Pokok Utama

Cananga odorata Kenanga
Cinnamomum iners Kayu manis
Dalbergia oliveri Tamalan
Eugenia grandis Jambu laut
Filicium decipiens Kiara payung
Gardenia carinata Cempaka hutan
Hopea odorata Merawan siput jantan
Jacaranda fillicifolia Jacaranda
Lagerstroemia rosea Bungor
Michelia champaca Cempaka
Michelia alba Cempaka putih
Mimusops elengi Tanjung
Milletia autropurpurea Tulang daing
Melia indica Mambu
Podocarpus rumphii Jati laut
Plumeria rubra Kemboja merah
Phelthophorum pterocarpum Batai laut

Pokok Renek
Acalypha spp Acalypha
Eugenia orellana Kelat paya
Ficus gold Ara kuning
Heliconia spp Heliconia
Hibiscus rosa-sinensis Bunga raya
Hymenocallis littoralis Spider lily
Ixora spp Siantan
Mussaenda spp Janda kaya
Pisonia alba Mengkudu siam
Plumbago capensis Blue diamond
Tabernaemontana coronaria Susun kelapa
Turnera ulmifolia Turnera



Cananga odorata


Michelia champaca


Penanaman satu spesis pokok utama di sepanjang laluan dan pokok renek berdaun rimbun dan padat di ruang tanaman yang mengasingkan laluan utama."
Source : http://vivienlimhuitong.blogspot.com/2011/11/garis-panduan-perancangan-landskap_4288.html

         Demikian yang dapat saya paparkan mengenai GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Siar Kaki/ Lorong Basikal yang menjadi pokok bahasan kali ini, tentunya masih banyak kekurangan dan kelemahannya, kerena terbatasnya pengetahuan dan kurangnya rujukan atau referensi yang ada hubungannya dengan judul postingan ini.



Video yang berkaitan dengan GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Siar Kaki/ Lorong Basikal


Related Post

0 Komentar untuk "GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP - Kawasan Siar Kaki/ Lorong Basikal"

Back To Top