UNIK SRASI ENTERPRISE SDN BHD (843756-D)PEJABAT URUSAN
NO 9-1F JALAN HENTIAN 1, PUSAT HENTIAN KAJANG, 43000 KAJANG SELANGOR DARUL EHSAN
TEL /FAX
03 - 87372829 / 0387373829
uniksrasi@yahoo.com ATAU suesrasi@yahoo.com
JENIS PERNIAGAAN
KONTRAK PERLADANGAN, PEMBORONG DAN PEMBEKAL SERAI KEGUNAAN SEGAR
PEMBEKAL BENIH SERAI, PEMBEKAL MINYAK PATI SERAI, PEMBEKAL BAJA DAN RACUN SERANGGA, PENGILANGAN PRODUK BERASAKAN HERBA, PENGEDAR DAN PENGILANG PRODUK UNIK CITRA.
CARTA ORGANISASI USE SDN BHD
PENGARAH PEMASARAN : Puan Suryani bt Zakaria
PENGARAH PERLADANGAN : En. Rodzi bin Zakaria
PENGURUS PEMASARAN : En. Amir Nazrin bin Mat Rodzi


Malaysia berpotensi untuk menjalankan penanaman secara kormersial kerana kedudukannya berada dalam cuaca yang paling sesuai untuk menghasilkan tanaman herba yang berkualiti. Badan - badan kerajaan juga telah banyak menyumbangkan tenaga membantu para petani dan mereka yang berminat untuk menjalankan penanaman.
KEISTIMEWAAN SERAI
Antara kandungan yang terdapat dalam serai makan
KARIOFILEN -Bersifat antibakteria , antikulat , antiinflamasi (menghilangkan bengkak) , antitumor dan ubat bius
SITRAL - Bersifat antihistamin(sebu) dan antiseptik
CITRONELAL - Bersifat antiseptik dan antimikrob, mengeluarkan angin dari perut dan usus , pencegah serangga , peradang kulit
Geraniol - bersifat anti bakteria, antikulat, pencegah serangga, perasa makanan, antihepatitis tertentu
MIRCEN - Bersifat antimutagenik (anti penuaan)
NEROL - Bersifat antipasma(kejang)
Rujukan: Buku rempah ratus _ Khasiat makanan&ubatan/Ong Hean Chooi
PERLADANGAN
UNIK SRASI ENTERPRISE SDN BHD (USE SDN BHD) telah menjalankan projek penanaman serai secara komersial bermula tahun 2008 setelah mendapati tanaman ini akan memberi pulangan yang menguntungkan. Kini Use sdn bhd telah menanam seluas 500ekar. USE mempunyai pekerja ladang sebanyak 30 orang dan 3 penyelia ladang.
CARA PENANAMAN SERAI
Beberapa faktor asas perlu diketahui ialah
- Jenis tanah (gambut,tanah merah,pasir dan tanah bris)
- Kawasan Penanaman (berbukit, tanah rata, beralun, laluan air)
- Saliran air (untuk tujuan penyiraman dan kawalan banjir)
- Kualiti Tanah ( perlu di baja terdahulu ataupun tidak)
- Jenis Tumbuhan asal tanah(rumpai, pokok kayu dan akar)

Penyediaan tapak tanaman dan benih
- Tanah perlu dibajak terdahulu untuk menggemburkan tanah bagi memudahkan proses mencucuk benih.
- Segala rumpai yang ada haruslah diracun 2-3 minggu sebelum penanaman dijalankan.
- Benih mestilah telah berusia lebih lapan bulan atau cukup tua. pastikan benih telah mengeluarkan akar sebelum ditanam.
- Benih ditanam 1,2,3 atau enam batang selubang mengikut kepada peladang namun harus diketahui jumlah benih yang ditanam mempengaruhi hasil.
- Jarak tanaman yang terbaik adalah 1.0 meter setiap barisan dan 0.5 meter diantara pokok, kepadatan bagi satu hektar adalah 20,000 rumpun.


Pengurusan air - Serai makan tahan kepada kemarau, namun selepas proses penanaman serai memerlukan air, maka cara terbaik adalah menanam sewaktu tanah masih gembur supaya tanah dapat menyerap lebih air tetapi jika air berlebihan dan bertakung, masalah serai berulat reput dan mati akan berlaku.
Kawalan Rumpai - Terdapat jenis racun yang boleh meracun rumpai dan pokok serai dalam satu masa tanpa merosakkan atau membawa kesan kepada pokok serai. Semua jenis rumpai selain serai akan mati. Racun ini boleh didapati di use sdn bhd dan penjualannya adalah terhad
Pembajaan - Jika tanah tidak terlalu bermasalah, pembajaan sebanyak dua kali sudah mencukupi. terdapat beberapa baja yng terbaik boleh digunakan, antaranya baja semburan,taburan dan lain2.


USE SDN BHD telah membuka sebuah kilang untuk memproses semua bahan mentah hasil dari penanaman. Pengeluaran hasil dijual dalam 3 bentuk
KEGUNAAN SEGAR - RM 2.50 Sekilo
PRODUK SEPARA SIAP
SERBUK SERAI ( POWDER GRAIN) -RM 39.90 PER KG
Hanya ikut panduan dikotak anda dapat menyediakan masakan untuk dimakan 8-10 orang dalam masa yang singkat tanpa perlu menambah garam atau gula.
PES MEE BANDUNG MUAR RM 8.50
Source : http://serai-serai.blogspot.com/2009/01/serai.html
         Demikianlah yang dapat saya sampaikan pada kesempatan kali ini, dengan penuh harapan semoga kita semua dapat mengambil intisari dari pembahasan serai ini. Kurang lebih nya kami mohon maaf.
0 Komentar untuk "serai"