Salam persahabatan buat Sobat semua !, kabar baik tentunya bagi Sobat semua. Sekarang kita akan mengulas tentang PETUA RUMPUT HIJAU."
Oleh Bennie Zie Fauzi
RUMPUT perlu disiram supaya tidak layu dan kering.
Pagi atau sejurus matahari terbenam masa paling sesuai siram laman
Memiliki halaman berumput yang subur dan rapi tidak perlu berbelanja besar. Sebaliknya, ia boleh diperoleh dengan merujuk buku, majalah, internet malah pakar landskap yang sudi mendedahkan cara menjaga dan memeliharanya.
Sebaik asas penjagaan diketahui, anda mampu melakukannya sendiri. Malah, silap gaya, jiran dan rakan pula datang meminta diperturunkan petua dan ilham membentuk halaman indah.
Memangkas dan menyabit rumput perkara paling asas menzahirkan halaman terjaga rapi. Bagaimanapun tekniknya perlu betul terutama jika ini membabitkan pengalaman pertama anda memangkas dan menyabit rumput.
Jika ini kali pertama anda melakukannya, pastikan hayunan sabit anda mencecah hingga ke akar rumput. Selain membuang rumput mati, tujuan utamanya ialah membenarkan rumput baru dan lebih hijau tumbuh dengan cepat. Pastikan kawasan berumput itu dicakar dan digembur sekalipun tidak keseluruhan rumput halaman anda potong dan pangkas. Cara ini dipercayai membantu menyuburkan tanah sekali gus menggalakkan pertumbuhan rumput baru yang lebih subur.
Kali kedua memotong rumput, pastikan mata sabit tidak dihayun terlalu dalam.
Ketika cuaca panas terik pastikan layahan sabit tidak mengena tanah yang mengakibatkan rumput bertukar kekuningan. Seperti pokok dan bunga, halaman juga perlukan siraman supaya tidak layu dan kering. Sebelum itu, penting bagi anda mengenalpasti spesies rumput dan jenis tanah bagi mengagak jumlah dan kadar siraman yang diperlukan.
Jangan sesekali menyiram halaman selepas hujan kerana ini menjadikan tanah tepu dan pada akhirnya rumput akan mati.
Detik terbaik menyiram halaman adalah pada awal pagi atau sejurus matahari terbenam. Ketika ini proses pemeluwapan kurang berlaku sekali gus membantu air meresap jauh ke dalam tanah.
Baja antara factor penentu kesuburan tanah. Justeru, penting bagi anda mengenal pasti jenis tanah. Jika tidak pasti, bawa contoh tanah kepada pakar landskap dan pusat semaian supaya mereka boleh mencadangkan jenis baja yang sesuai untuk halaman anda.
Ada dua jenis baja untuk dipilih iaitu kimia atau organik.
Apapun pilihan anda, pastikan arahan penggunaannya dipatuhi kerana terlebih meletak baja boleh merosakkan halaman.
Seperkara yang tidak semua orang tahu ialah tanah dan akar rumput memerlukan udara untuk bernafas terutama bagi tanah jenis padat.
Untuk menguji kepadatan tanah, tuang sedikit air ke dalam tanah dan tunggu beberapa minit untuk melihat keupayaannya meresap air.
Tanah yang gagal meresap air bermakna mempunyai karbon dioksida yang berkumpul di dalamnya.
Cara paling mudah menanganinya ialah tebuk lubang halus mengikut jarak tertentu di tanah. Tujuannya supaya oksigen dan air dapat meresap sampai ke akar. Lubang berkenaan seharusnya berliang kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
JENIS RUMPUT HIASAN:
� Cow grass
Cow grass atau nama saintifiknya Axonopus compressus (ada yang mengatakan Paspalum conjugatum) ini amat disyorkan ditanam di halaman rumah. Mudah dijaga kerana tidak perlu banyak baja dan tahan serangan serangga serta penyakit. Lambat panjang melainkan diberi lebih baja. Berakar pendek menyukarkannya hidup dalam cuaca kemarau.
� Bermuda grass
Cynadon dactylon adalah hibrid "perkahwinan" di antara Cynodon dactylon dengan Cynodon transuaalensis.
Rumput ini hidup subur dalam cuaca panas terik juga berupaya menerima hujan yang banyak. Dalam cuaca tidak menentu, daunnya tumbuh kurus dan panjang. Sesuai untuk kawasan lapang seperti padang golf, bola dan taman permainan lapang.
� Serangoon grass
Digitaria didactyla lazimnya hidup di kawasan tropika dan subtropika. Keistimewaannya ialah ia tahan banjir (namun dalam jangkamasa pendek) dan mampu mengharungi kemarau dengan mengecut dan menggugurkan daunnya. Penjagaannya tidak cerewet kerana lambat panjang dan tidak bergantung hidup dengan baja. Namun, warna hijau mudanya itu menyebabkan ia kurang diminati untuk dijadikan rumput laman.
� Zoysia grass
Zoysia matrella atau kekadang Zoysia japanica, Zoysia tenufolia serta sesetengah hibrid terdiri daripada Zoysia japanica dan Zoysia tenufolia tergolong di bawah keluarga ini. Warna hijau mudanya sama dengan Serangoon grass tetapi daunnya lebih kurus. Tumbuh menegak berbanding mendatar sekali gus menjadikan kerja memotong sekali ganda lebih banyak. Cantik apabila dibela rapi namun kos penyelenggaraannya tinggi kerana memerlukan banyak baja. Mempunyai kandungan silika lebih banyak berbanding rumput biasa menjadikannya keras. Disebabkan itu ia sesuai menghiasi padang bola dan golf biarpun �kelasakannya� di kotak penalti diragui. Matrella dan japonica dibezakan menerusi bunga matrella yang berwarna merah.
TIP
Menanam rumput
Tiada beza menanam rumput dengan pokok kerana kedua-duanya ada kaitan dengan minat, sebab dan keperluan. Normas Yakin, Pengurus rumput turf menerusi laman webnya http://www.mynormas.com menasihatkan anda mengenal pasti terlebih dulu tujuan penanaman sebelum ke pusat semaian memilih jenis rumput;
� Kegunaan. Adakah tujuan rumput ditanam semata-mata memperindah halaman rumah, menghiasi taman kanak-kanak, bagi tujuan rekreasi berupa padang bola, golf dan sebagainya. Lain kegunaan maka lain jenis rumputnya.
� Tahap penjagaan membabitkan kesanggupan anda mem
elihara dan memuliharanya. Misalnya berapa kerap diperuntukkan untuk memotong dan membajanya, berapa jam dalam sehari anda membuang rumput liar serta menanam rumput baru dan sebagainya.
� Kawasan penanaman - adakah ia ditanam berdekatan bangunan atau halaman banyak pokok?
Sesetengah jenis rumput memerlukan lebih enam jam sehari cahaya matahari.
� Perbelanjaan untuk baja dan racun penjagaan."
Source : http://lajnahpertanian.blogspot.com/2010/04/oleh-bennie-zie-fauzi-rumput-perlu.html

         Kiranya cukup sampai disini sedikit ulasan tentang PETUA RUMPUT HIJAU yang dapat saya sampaikan. Untuk segala kesalahan dan tutur kata yang kurang berkenan dihati sobat semua, baik yang saya sengaja maupun tidak, saya mohon maaf yang sebesar-besarnya.
0 Komentar untuk "PETUA RUMPUT HIJAU"