Kumpulan artikel seputar pertanian & perikanan

Daftar Kata Huruf W

Smoga sobat semua tidak bosan bertemu saya he he, bagaimana kabarnya nih sobat semua ? yang pastinya sehat dan bahagia ya. Ok langsung saja pada topik kita kali ini adalah Daftar Kata Huruf W."w huruf yg ke-23 abjad Rumi.
W simbol kimia bagi tungsten.
wa I 1. dan (disebut dlm beberapa ungkapan Arab); wallahuaklam dan
Allah Yang Lebih Mengetahui; 2. demi (disebut utk bersumpah);
wallahi demi Allah.
wa II = pak (mak) ~ (a) pak (mak) tua (panggilan kpd ibu atau bapa
saudara yg tertua); b) bp kekasih (lelaki atau perempuan); wak I.
waad Ar 1. janji: tiadalah kami kedua-dua ini mengubah ~ kami dan
setia kami; melupakan ~ mengingkari janji; mengubahkan ~
memungkiri janji; 2. sampai janjinya (ajalnya); datang ~ Allah
atasnya sampai janjinya, mati;
berwaad membuat (mengikat) perjanjian, berjanji: jikalau tuanku
mahu anak patik itu, mahulah Duli Yang Dipertuan ~ dgn patik.
waadah waadat.
waadat Ar perjanjian;
berwaadat berjanji, membuat perjanjian: perjanjian atau ~ itu
semacam bertentangan dgn asas keutuhan asal-usul raja itu.
waang Mn engkau: dah lama kami menunggu ~.
wabah  wabak.
wabak 1. sj penyakit menular, (berjangkit) yg merebak: ~ cacar; ~ taun;
2. kejadian atau perbuatan buruk (spt penagihan dadah, perbuatan
jenayah, dll) yg merebak ke merata tempat: ~ dadah perlu
dibanteras; ~ kepincangan yg melanda koperasi;
mewabak merebak dgn cepat: ruapan itu ~ hingga memenuhi
setiap ruang tanah itu; bayangan hitam itu ~ ke hati Raid yg
memaksanya mengasak terus;
mewabakkan menyebabkan merebak, merebakkan: aku tahu
jawaban itu akan ~ suasana tegang ke seluruh pelosok rumah
kami.
wabakdahu Ar dan kemudian drpd itu, dan sesudah itu.
wacana 1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan,
pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara
lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg utuh,
sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt
surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur kritikan
sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yg
mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak;
mewacanakan menjadikan sesuatu sbg wacana: para ilmuan cuba
berbincang dan membuat analisis terhadap tajuk-tajuk yg dipilih
utk diwacanakan secara objektif.
wad bilik atau bahagian di sesebuah hospital yg menjadi tempat tinggal
para pesakit, biasanya mereka yg mengalami penyakit yg sama, utk
menjalani rawatan: ~ kecemasan; ~ ortopedik; ~ bersalin;
mengewadkan memasukkan seseorang ke dlm wad: Selvamuthu
telah diwadkan selama tiga minggu.
wadah 1. Jw bekas (tempat) utk mengisi atau diisi sesuatu; 2. alat, asas,
medan, saluran (utk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak
penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi ~ utk para
pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat; ada
orang melihatnya berfungsi sbg ~ pengiklanan, medan
propaganda, suatu saluran utk menyampaikan informasi, dan
bermacam-macam lagi;
berwadahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wadah:
kita telah dapat mengemukakan penyelesaian agama dgn ~ ilmu
pengetahuan, sains dan teknologi, di samping berdoa dan
bertawakal kpd Allah;
mewadahi menjadi wadah kpd (atau bagi): kebosanannya sudah
lama ~ kekecewaan utk mendapatkan sebarang kerja.
wadai  wade.
wadar pegawai yg mengawal orang tahanan di penjara, pegawai penjara,
pengawal orang tahanan di penjara.
wadas Jw lapisan tanah yg keras spt karang;  cadas.
wadat Jw tidak berkahwin, membujang.
wade (wad�) sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd
tepung kacang dal putih, berbentuk bulat dan berlubang di
tengahnya.
wadheh (wadh�h, wadhih) Ar → wadih.
wadi I Ar sungai yg tidak berair di padang pasir (berisi air apabila turun
hujan), lembah.
wadi II sj air putih (pekat) yg keluar dr zakar atau faraj ketika badan
penat bekerja.
wadih Ar sl jelas, terang dan nyata (bkn khabar dll), sahih: supaya boleh
~ dan selesai perkhabaran kita.
wadon Jw sl perempuan.
waduh sr utk menyatakan kehairanan (rasa sakit dsb), aduh.
waduk Jw 1. perut besar (tempat mencernakan makanan); 2. = ~ air sj
kolam tempat mengumpul dan menyimpan air utk digunakan pd
musim kering; 3. = ~ air sj tangki air yg tinggi.
wadung Jw beliung.
wafak Ar 1. waktu yg pasti (berlakunya sesuatu); 2. setuju dgn, menurut.
wafat Ar, bh meninggal dunia (digunakan utk nabi dan rasul): setelah
Nabi ~, Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah;
kewafatan kematian (nabi dan rasul): selepas ~ Rasulullah,
sayidina Abu Bakar telah dilantik menjadi khalifah pertama.
wafel sj pankek yg tebal dan rangup, biasanya dimakan dgn madu dsb.
wafer sj biskut yg nipis, agak manis dan rapuh, biasanya dimakan dgn
aiskrim.
wagon gerabak kereta api, gerbong.
wah sr utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll): ~, dahsyat
sungguh!; ~, bukan main banyaknya wang masuk!
wahadah wahdah.
wahadaniah wahdaniah.
wahadat, wahadiah, wahadiat wahdah.
wahah kawasan yg agak subur di padang pasir (berair dan ada tumbuhtumbuhan).
wahai sr kata utk menyatakan rasa sedih (menarik perhatian,
memperingatkan, dll): ~, tidak ada pertolongan lagi, tidak ada
harapan lagi!; ~ kawan, berhati-hatilah sedikit!
waham sangkaan atau alasan yg samar-samar (jauh drpd yakin), was-was:
tiga kali saya mengangkat takbir barulah berasa betul bersih dan
tidak ada syak dan ~;
mewahamkan 1. menduga, menyangka-nyangka; 2. mencurigakan,
meragu-ragukan, mengesyaki;
kewahaman sesuatu yg diwahamkan (dicurigai): ilmu al-Yaqin itu
tidak mengandungi sebarang keraguan, kesalahan, dan ~.
wahana saluran atau perantaraan (yg memungkinkan sesuatu dilakukan,
disampaikan, atau dicapai): bahasa baku sajalah yg layak menjadi
bahasa ilmu utk ~ pemikiran dan utk pengembangan budaya
bangsa; lukisan kartun sering digunakan orang sbg ~ propaganda;
RTM seharusnya menjadi ~ komunikasi ilmu dan sekali gus ~
komunikasi budaya yg berkesan;
berwahanakan menggunakan sesuatu (spt bahasa) sbg wahana:
keperluan khusus yg ~ bahasa asing.
wahdah Ar keesaan (Tuhan).
wahdaniah Ar keesaan, ketunggalan.
wahi Ar  wahyu.
wahid Ar yg esa (sifat Tuhan), tunggal.
wahmi dianggap tidak wujud, agakan atau sangkaan belaka: sungguhpun
pd zahirnya dia wujud tetapi ~ jua.
wahon wagon.
wahyu firman (kalam) Allah yg dibacakan kpd nabi dan rasul-Nya yg
disampaikan sama ada melalui malaikat (Jibril) ataupun tanpa
melaluinya: Nabi Muhammad SAW menerima ~ utk
mengembangkan agama Islam;
mewahyukan menurunkan wahyu kpd, menyampaikan petunjuk
(pengajaran dll) dgn wahyu: wahyu disampaikan kpd Nabi oleh
Jibril, dan segala apa yg diwahyukan kepadanya itu
disampaikannya pula kpd sahabat-sahabatnya;
pewahyuan proses menyampaikan wahyu: ~ dan penyebaran al-
Quran.
wai I sr utk menyatakan rasa terkejut (hairan dsb).
wai II batang air, kali, sungai.
waiduri baiduri.
wailol Pl bodoh, bahlul.
waima, waimma Ar sama ada, walaupun: apa pun yg dibuat manusia, ~
dgn perang meledakkan dunia dan isinya, manusia tidak akan
berjaya membunuh kebenaran dan keutamaan.
wain minuman keras yg dihasilkan drpd peraman air anggur.
waisya sl kasta yg ketiga dlm agama Hindu (terdiri drpd golongan
pedagang, petani, dan tukang).
waizuri raja muda;  wizurai.
waja 1. = besi ~ sj besi yg keras dan kuat, baja; hati ~ ki hati yg keras:
semangat ~ ki semangat yg kuat; 2. (bkn semangat, cita-cita, dsb)
kuat: Afifi berani dan punya cita-cita ~;
berwaja menjadi teguh: keyakinan ~ di hatinya;
kewajaan sifat atau keadaan waja, kekuatan: yg penting ialah ~
semangat kaum tani dlm menghasilkan tuaian mereka.
wajah 1. air muka, muka paras, roman muka: ~ ibunya di rumah mula
terbayang; ~nya sungguh-sungguh menyenangkan; 2. keadaan
luaran (spt pemandangan dll), rupa atau keadaan (sesuatu)
sebagaimana yg dapat dilihat: ~ kampung itu sudah berubah
sekarang; sekiranya itu dapat memberikan nafas serta ~ baru, ia
pasti menggembirakan;
berwajah 1. mempunyai (menampakkan) wajah; ~ sedih (suka,
lesu, dsb); 2. mempunyai atau menampakkan wajah (rupa atau
keadaan sebagaimana yg dapat dilihat): sesuai dgn struktur
pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej
sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya; buku lama ~ baru;
berwajahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah:
masyarakat gempar apabila menjumpai ikan yg ~ manusia;
mewajahi memberikan keadaan atau rupa luaran kpd: begitulah
sastera hipermodenisme yg akan ~ sastera dunia.
wajan Jw kuali tempat menggoreng, bajan.
wajar 1. memang begitu (tidak dibuat-buat, ditambah-tambah, dll); nasi ~
nasi biasa (nasi putih, tidak bersantan, dll); 2. sebagaimana yg
sepatutnya (bersesuaian, kena pd tempatnya, dsb), dapat diterima
atau dipertahankan sbg munasabah, seharusnya, semestinya,
sepatutnya: kaum wanita harus mendapat tempat yg ~ dlm
masyarakat; tuntutan rakyat yg ~ utk keperluan hidup;
sewajar; ~ dgn sama halnya dgn, selaras dgn, setimbal dgn, sesuai
dgn;
sewajarnya 1. memang begitu halnya (keadaannya dll), sebenarnya
(demikian), sememangnya: sbg seorang yg dilahirkan di Negeri
Sembilan, maka sudah ~ pula saya sentiasa bersimpati dgn
perjalanan adat Perpatih di Negeri Sembilan; 2. memang begitu
sifatnya (kudratnya, tabiatnya), sudah semestinya begitu:
pertengkaran antara puak pembangkang dgn puak kerajaan yg
berlaku dlm parlimen itu sudah ~; 3. dgn begitu sahaja, tidak
dibuat-buat (dipaksa-paksa), dgn sendirinya: jangan dihalang
fikiran kanak-kanak yg tumbuh dgn ~; 4. sesuai dgn yg seharusnya,
sebagaimana mestinya, sebagaimana patut: kandungan Quran itu
harus difahami dgn ~;
mewajarkan menjadikan dapat diterima atau dianggap sbg
sepatutnya atau seharusnya demikian, menjadikan (memperlihatkan
dsb) wajar: filem ini tidak berusaha utk ~ kekuasaan kolonial
bangsa kulit putih; saya tidak nampak sebarang alasan atau hujah
yg kuat yg dapat ~ kita bertindak menghapuskan tulisan Jawi;
kewajaran perihal wajar: perbincangan di atas telah menunjukkan
~ pendirian ini; apakah ada ~ atau tidak utk bertindak
sedemikian?
wajib Ar 1. hukum suruhan (dlm Islam) yg apabila dilaksanakan mendapat
pahala dan apabila ditinggalkan berdosa, mis sembahyang lima
waktu dan menunaikan zakat: ada lima rukun Islam yg ~
ditunaikan oleh tiap-tiap orang Islam; 2. tidak boleh tidak
(diamalkan, dilakukan, dsb), mesti, perlu: orang tua ~ memberikan
asuhan yg cukup kpd anak mereka; 3. sudah seharusnya
(sepantasnya, sepatutnya): kita ~ mengucapkan syukur dan
berterima kasih kpd orang yg telah menolong kita;
~ belajar kemestian menuntut ilmu (belajar); ~ pajak Id orang yg
wajib membayar cukai;
sewajibnya semestinya, sewajarnya, seharusnya: ~lah mereka
bersatu padu dan bekerjasama utk mencapai kemajuan;
berwajib bertanggungjawab mengelolakan atau mengurus sesuatu
(bkn orang, institusi, dll yg): bantahan itu sudah disampaikan kpd
yg ~; bidang ini juga melibatkan DBP, pihak-pihak yg ~, dan
orang ramai dlm menentukan taraf bahasa Melayu di negara ini;
mewajibkan 1. menjadikan wajib (dilakukan, diamalkan, dll),
menjadikan kemestian, memestikan, mengharuskan: Islamkah
engkau kalau engkau tidak mengikut syarat dan undang yg
diwajibkan ke atas seorang Islam? 2. menyerahkan tugas (kerja dll)
kpd, memestikan sesuatu kpd: kerajaan ~ suntikan cacar;
kewajiban, kewajipan 1. sesuatu yg diwajibkan, kemestian,
keharusan: ia setia kpd suaminya, dan suaminya itu pun tidak
melupakan ~nya; 2. tugas (tanggungjawab) yg harus dilakukan atas
perintah: kami datang ini kerana ~, bukan untuk mengugut;
berkewajiban, berkewajipan mempunyai kewajiban
(tanggungjawab), bertanggungjawab: suamilah yg ~ mencari sara
hidup.
wajik sj penganan yg dibuat drpd beras pulut (gula, santan), nasi manis,
pulut kacau;
~ takik wajik yg dibuat keras (supaya tahan lama); potong ~
potongan (kuih dll) yg berbentuk empat persegi menyerong.
wak I panggilan kpd bapa atau ibu saudara yg tua (atau orang yg boleh
dianggap bapa);  wa II.
wak II bunyi spt bunyi itik dll.
wak III sl; Seri W~ Raja sl gelaran utk pembesar (kerajaan Melaka).
wakaf I Ar 1. sesuatu yg diberikan utk kegunaan orang ramai (sbg
derma), sesuatu yg diberikan atau diuntukkan bagi keperluan dsb yg
berkaitan dgn agama Islam; sumur (telaga) ~ sumur (telaga) yg
dibuat utk orang ramai; tanah ~ tanah yg diuntukkan bagi keperluan
agama (utk perkuburan, mendirikan masjid, dll); 2. badan (institusi)
yg dibentuk yg ada kaitan dgn agama Islam;
berwakaf memberikan sesuatu (tanah, harta, dll) utk keperluan
(kegunaan) umum atau keagamaan;
mewakafkan memberikan (tanah, harta, dll) utk kegunaan orang
ramai, memberikan sesuatu utk hal atau keperluan yg berkaitan dgn
agama: pokok manggis itu diwakafkan kpd sesiapa yg tidak
mempunyai pokok manggis dlm paraknya;
pewakaf orang yg mewakafkan sesuatu: ~ berkuasa menentukan
orang yg bertanggungjawab sbg pentadbir harta wakafnya.
wakaf II Ar tempat berhenti sebentar (membaca dll), jeda.
wakalah Ar perwakilan.
wakil 1. orang yg diberi kuasa menggantikan atau bertindak bagi pihak
orang lain, pengganti, sulih: ia dihantar sbg ~ ayahnya utk
menyelesaikan hutang-piutang itu; 2. orang yg dilantik sbg utusan
atau utk bertindak dsb bagi pihak (kerajaan, persatuan sekerja,
rakyat, dll), utusan: beliau dihantar sbg ~ Malaysia ke persidangan
B.B; 3. orang (syarikat dll) yg menjalankan urusan perniagaan dsb
utk orang atau pihak lain, ejen: syarikat itu telah dilantik sbg ~
General Motors di negeri ini; 4. Id jawatan yg kedua tingginya (di
bawah jawatan yg disebutkan berikutnya), naib, penolong, timbalan:
~ kedua; ~ presiden;
~ dagang orang yg dilantik utk mengurus perdagangan; ~ mutlak
wakil yg diberi kuasa (hak dll) yg penuh; ~ nikah orang yg menjadi
wakil pengantin dlm pernikahan; ~ (pejabat) pos pejabat pos kecil
(yg biasanya menjadi wakil urusan pos di kampung-kampung dan
tidak mempunyai bangunan yg khas); ~ rakyat seseorang yg telah
dipilih dlm pilihan raya utk menjadi wakil penduduk di kawasan
pilihan rayanya (dlm parlimen dsb), ahli parlimen, ahli majlis
undangan negeri; ~ tetap orang dll yg dilantik menjadi wakil utk
waktu yg berpanjangan; ~ tunggal wakil perdagangan yg satusatunya
(tidak ada wakil yg lain);
berwakil mempunyai (memakai) wakil, melantik (memberi kuasa
dsb kpd) seseorang utk berlaku sbg wakil: masalahnya, dia sendiri
tidak hadir dan tidak pula ~;
berwakilkan menggunakan (melantik dll) sbg wakil: pelaburpelabur
yg ~ pejabat pos akan menerima surat akuan penerimaan
dr Ibu Pejabat ASNB;
mewakili menjadi wakil kpd, bertindak sbg wakil atau pengganti
kpd atau bagi pihak (seseorang dll), menyulihi: peguam yg telah
disahkan oleh mahkamah tertinggi boleh hadir di mana-mana
mahkamah utk ~ orang;
mewakilkan 1. memberi kuasa kpd seseorang utk menjadi wakil,
menunjuk (melantik) seseorang lain utk mewakili: semua ahli mesti
hadir sendiri, tidak boleh ~ orang lain; 2. menyerahkan kpd orang
yg dipercayai utk diurus dsb, mempercayakan (mengamanahkan)
kpd: perahu besar itu tinggal di pangkalan Saleh, diwakilkannya
kpd orang di situ;
perwakilan 1. segala sesuatu mengenai wakil, perihal wakilmewakili:
soal ~ pelajar utk duduk bersama dlm parlimen telah
dibincangkan dlm mesyuarat itu; 2. beberapa orang utusan
(pemerintah dll), perutusan: menteri itu telah mengetuai satu ~
seramai lima orang utk menghadiri persidangan Pembangunan
Ekonomi Asia Tenggara; 3. para wakil, majlis wakil-wakil, tempat
wakil-wakil: dewan (majlis) ~ rakyat; 4. wakil (pejabat yg
mewakili) sesebuah negara sebelum ada duta: ia berhak mendapat
perlindungan apabila berada di luar negeri menerusi duta-duta
atau ~ negerinya di negeri itu; 5. wakil (pejabat yg mewakili)
perdagangan: majalah ini dapat dibeli melalui ~nya.
waktu 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan
datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk
bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg
tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat
(masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah
ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu;
jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd
~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk
(berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~
lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll,
suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~
malam;
W~ Min Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg
asas pengiraan waktu di tempat-tempat lain di dunia; ~ pejabat
waktu urusan sesebuah organisasi (kementerian, jabatan atau
pejabat) dijalankan, biasanya antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang; ~
perdana waktu penyiaran yg mempunyai jumlah penonton yg paling
ramai, yg dikesan melalui penyelidikan khalayak dan biasanya
antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam; ~ puncak waktu lalu lintas
yg paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik yg paling tinggi, dll; ~
tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn
waktu di tempat lain; ~ utama waktu perdana;
habis ~ kerana bang prb terlalu lanjut membicarakan sesuatu yg
tidak perlu sehingga yg perlu tertinggal;
sewaktu dlm waktu yg sama, pd masa (ketika), semasa: nelayan itu
telah dirompak ~ menangkap ikan;
sewaktu-waktu bila-bila sahaja, sebarang waktu: ~ kami dapat
ditangkap;
berwaktu mempunyai waktu yg tertentu, memakai waktu;
sembahyang diberi ~, janji diberi berketika prb sesuatu pekerjaan
hendaklah ditetapkan waktunya supaya selamat dan sempurna.
wakwak sj kera, ungka, wawa.
walabi sj marsupial drpd famili Macropodidae, yg serupa dgn kanggaru
tetapi saiz tubuhnya lebih kecil, mempunyai kaki belakang yg besar
dan ekor yg panjang.
walad Ar anak (laki-laki).
walah  kewalahan.
walak Mn ark; mewalakkan menaruh, meletakkan;
terwalak terletak.
walakin Ar 1. meskipun, walaupun, sungguhpun: kehendak yg suci itu
diperkenankan oleh kepala kantor itu, ~ dgn hati berat; 2. akan
tetapi, namun (demikian).
walang I = ~ hati = berhati ~ bersusah (bersedih) hati, dukacita, gelisah,
khuatir;
berwalang; ~ hati walang hati.
walang II Jw sj belalang; ~ sangit sj serangga, cenangau, pianggang.
walaru sj kanggaru besar yg terdapat di kawasan berbatu-batan di
Australia, Marcopus robustus.
walau 1. dan sekiranya, dan jika: ~ ke laut sekalipun, adinda akan ikut
juga; 2. = walaupun biar(pun), kendati(pun), meski(pun): ~ sudah
lewat tengah malam, ia akan pergi juga memanggil doktor; lau I.
waledan Jw gaji (kenaikan atau tambahan gaji) yg belum dibayar.
waleh (wal�h) Jw tidak berselindung lagi, berterus terang, mengaku.
walet (wal�t) Jw sj burung layang-layang.
walhal 1. padahal, sedangkan, dlm pd itu: sehingga hari itu, zakat harta
dikenakan pd petani sahaja ~ yg wajib mengeluarkannya bukanlah
petani sahaja; 2. meskipun, sungguhpun: belum puas lagi Ani
melihat gambar yg tertera di muka itu, ~ sudah sekian kali dia
melihatnya.
walhasil 1. dan hasilnya, kesudahannya, kesimpulannya: maka
panjanglah borak dan bual kedua-dua orang perempuan itu, ~
apabila perempuan berjumpa sama-sama perempuan macammacamlah
jadi; 2. sebenarnya, pd hakikatnya: pd namanya saja
mereka itu Islam, ~ pd amalannya mereka menyimpang drpd
ajaran Islam.
wali I 1. orang (bapa, datuk, abang, bapa saudara, sepupu laki-laki) yg
boleh menikahkan pengantin perempuan: Cik Rabiah masih
mempunyai ~ ikrabnya yg kuat, iaitu bapanya sendiri; 2. orang yg
diberi kuasa (dlm Islam) utk mengurus anak yatim dan hartanya
sehingga ia dewasa; 3. = ~ Allah = waliullah orang yg dipilih oleh
Allah SWT utk mendapat pertolongan-Nya dgn dirapatkannya pd
kehadiran-Nya: saya ini bukannya keramat atau ~ Allah; 4. orang
yg memerintah sesebuah daerah (negeri dll);
~ akrab, ~ ikrab a) orang yg layak menjadi wali yg sangat rapat
hubungannya dgn pengantin perempuan (iaitu ayah, abang yg
sulung, atau ayah saudara; b) ayah atau ibu kpd anak yatim yg layak
mengurus harta si anak sehingga ia dewasa; ~ kota Id datuk bandar;
~ negara Id ketua negara bahagian (pd zaman penjajahan Belanda
dan zaman Republik Indonesia Serikat); ~ negeri Id a) ketua negeri;
b) Gabenor Jeneral; ~ rumah mamak yg berkuasa dlm rumah adat,
tungganai;
berwalikan mempunyai seseorang sbg wali;
mewalikan bertindak sbg wali, menjadi wali utk;
memperwalikan menjadikan seseorang (sbg) wali, menunjuk
seseorang sbg wali;
kewalian darjat sbg seorang wali: sesiapa yg menafikan ~nya
dituduh jahil;
perwalian 1. perihal wali; 2. pengasuhan anak yatim serta
penjagaan hartanya; 3. pengasuh negara yg belum boleh berkuasa
sendiri.
wali II sl sj kain kuning yg disampaikan di bahu pegawai istana yg
membawa alat kerajaan.
wali III = pisau ~ sj pisau kecil utk mengukir (kayu dll).
walid bp ayah, bapa: perkahwinan kita mendapat restu ~, dan telah
berlangsung dua puluh tahun genap.
wali hakim orang yg bukan waris (mis raja, kadi, dll) yg boleh
menikahkan pengantin perempuan jikalau ketiadaan walinya (spt
bapanya, datuknya, abangnya, dll);
berwalihakimkan menggunakan seseorang sbg wali hakim:
pernikahannya ~ kadi daerah.
walikukun Jw sj tumbuhan (pokok), Actinophora buurmani.
walimah walimat.
walimana sl sj burung yg besar utk kenaikan (kenderaan); wilmana.
walimat  walimatulurus.
walimatulurus Ar kenduri perkahwinan.
waliullah wali Allah;  wali I.
wallah, wallahi Ar 1. demi Allah (waktu bersumpah): ~, saya tidak
bermain-main; 2. sr utk menyatakan terperanjat (kehairanan dll), ya
Allah.
wallahuaklam Ar 1. dan Allah jua yg lebih mengetahui; 2. sr utk
menyatakan keraguan (tidak mengetahui), entah; ~ bissawab dan
Allah sahaja yg mengetahui sebenarnya.
walkie-talkie sj alat komunikasi kecil mudah alih yg membolehkan dua
pihak atau lebih berkomunikasi secara langsung, biasanya pd jarak
yg dekat.
walmana walimana.
walnat 1. sj pokok drpd genus Juglans yg mempunyai daun yg wangi,
biasanya ditanam utk menghasilkan kacang yg boleh dimakan dan
kayu yg boleh dibuat perabot dsb: kayu ~; 2. kacang berwarna
perang dan berkedut-kedut, yg boleh dimakan begitu sahaja, dijeruk
atau dibakar utk dicampurkan ke dlm aiskrim, biskut, kek dan
beraneka jenis pencuci mulut.
walrus sj mamalia laut (spt anjing laut), biasanya di laut utara, yg diburu
utk mendapatkan kulitnya.
waltz 1. sj tarian Barat yg dua orang penarinya menari (biasanya sambil
berpimpin tangan) dgn langkah tertentu mengikut rentak muziknya;
2. muzik utk tarian ini.
waluku Jk bajak, luku, tenggala.
wam; ~ panas ruam atau guam (yg timbul kerana panas).
-wan akhiran asing 1. orang yg ahli (atau pelaku) dlm sesuatu bidang
pekerjaan atau tugas, mis angkasawan, sejarawan dan pustakawan;
2. orang yg memiliki sesuatu sifat atau kepunyaan, mis hartawan,
ilmuwan, jutawan dan dermawan.
wan 1. gelaran utk suatu bangsawan Melayu: W~ Andak; W~ Empuk; W~
Malini; 2. Pr panggilan utk ibu saudara; 3. Ph, NS panggilan utk
nenek perempuan; 4. Kd panggilan utk datuk lelaki.
wanara (Sanskrit) sl kera.
wandu Jw banci, pondan.
wang I 1. alat pertukaran yg mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui
sah, duit: satuan ~ negeri kita ini ialah ringgit dan sen; 2. ki gaji,
harta, kekayaan, pendapatan, upah; ~ buta wang yg diberikan kpd
orang yg tidak bekerja selama menanti pencen, gaji buta; 3. sl duit
yg bernilai satu pertiga tali: pd masa itu di Melaka, segala jenis
makanan pun mahallah, telur ayam tiga buah dua ~, dan ayam
seekor satu rupiah;
tiga ~ setali; ~ adat Id wang utk perbicaraan di mahkamah; ~
bandar wang yg dipertaruhkan dlm perjudian; ~ belanja a) wang
utk kegunaan hari-hari; b) ark gaji; ~ cengkeram (muka,
pendahuluan) wang yg dibayar dahulu utk menandakan setuju
membeli (menyewa) sesuatu barang, panjar; ~ duduk (sidang) Id
wang upah utk anggota dewan dll ketika menghadiri persidangan; ~
duka (sungkawa) Id wang yg diberikan kpd ahli waris yg meninggal
semasa mengerjakan tugasnya; ~ hangat (Eko) wang yg beredar (dr
negeri ke negeri) kerana kadar bunga yg rendah; ~ hantaran wang
yg dihantarkan oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin
perempuan (dlm perkahwinan); ~ jaga-jaga (cadangan) wang
persediaan utk digunakan apabila diperlukan; ~ jantan Id wang yg
dibawa utk digunakan apabila diperlukan; ~ jalan wang utk bekal
dlm perjalanan; ~ jasa a) wang yg diberikan sbg pembalas jasa; b)
bunga wang, faedah; ~ kancing sj wang utk jaminan; ~ karun a)
wang yg terjumlah dlm harta karun; b) wang yg diperoleh secara
haram; ~ kecil (pecah-receh) duit yg rendah nilaiannya (sen dll); ~
keras wang yg tetap nilaiannya (dlm pertukaran antarabangsa); ~
kertas wang yg berupa kertas; ~ kontan Id wang tunai; ~ kopi
(jerih, sirih, teh) wang yg diberi sbg hadiah (kerana mengerjakan
sesuatu); ~ kuliah Id wang perbelanjaan belajar di sekolah tinggi; ~
kunci (tiap) wang yg dibayar kpd tuan rumah yg disewa rumahnya;
~ lembur Id wang upah kerana kerja lebih masa; ~ logam (emas,
perak, dll); ~ luar wang (pendapatan) yg diterima hasil membuat
kerja luar; ~ mahar (wang) mas kahwin; ~ makan wang bayaran
makan (semasa menjalankan tugas); ~ meja Id wang pembayaran
perbicaraan di mahkamah; ~ panas a) (Eko) wang yg dipindahkan
dr sebuah negara ke sebuah negara yg lain, atau dr satu jenis
pelaburan yg lain, utk mendapatkan kadar pulangan yg terbaik; b) Id
wang pinjaman dgn bunga yg banyak; c) Id wang yg berlebih-lebih
(dlm peredaran); d) Id wang yg senang dapat dan senang habisnya;
~ pangkal wang yg harus dibayar dahulu ketika mula-mula masuk
persatuan dll (bayaran masuk); ~ perlindungan wang yg dibayar
oleh seseorang kpd kongsi gelap atau samseng agar harta benda,
perniagaan atau nyawanya dsb tidak diganggu atau diancam oleh
kongsi gelap atau samseng; ~ pertaruhan wang yg dibayar sbg
tanda sanggup menerima sesuatu tawaran (menjadi ahli dll); ~
plastik ki kad kredit; ~ poket bp = ~ saku wang yg dibawa utk
digunakan apabila diperlukan; ~ pokok wang yg menjadi modal dlm
perniagaan; ~ pos kepingan kertas yg mempunyai nilai tertentu yg
boleh ditunaikan, yg dijual kpd pelanggan oleh pejabat pos dgn
mengenakan komisen; ~ ringgit a) sl sj mata wang drpd perak; b)
satuan mata wang Malaysia; c) segala macam kekayaan; ~ sagu
hati a) wang yg diberikan sbg membalas jasa; b) wang yg diberikan
kpd ahli waris anggota (polis, tentera, dll) yg meninggal semasa
bertugas; ~ sekolah wang bayaran sekolah; ~ sembah Jk wang yg
diberikan oleh pihak laki-laki kpd bakal mentua sesudah pinangan
diterima; ~ syiling duit kecil yg dibuat drpd logam; ~ simpanan
wang yg disimpan utk masa depan; ~ sogok (sorok, suap) wang yg
diberikan utk menyogok (menyuap); ~ songsongan wang berlebih
yg dikembalikan selepas membayar (sesuatu): ~ sumbangan wang
yg diberikan sebagai hadiah (sumbangan); ~ tambang wang utk
membayar sewa atau tambang (kenaikan); ~ tegur (penegur) Jk
wang yg diberikan kpd isteri utk memulakan pergaulan sbg suami
isteri; ~ tengahan Id setengah rupiah, suku (50 sen); ~ terjun Id
wang tambahan utk ahli pasukan payung terjun; ~ tinta wang upah
kpd orang yg membuatkan surat (menandatangani surat keterangan
dll); ~ tunai wang yg boleh digunakan pd bila-bila masa;
ada ~ abang saya, tak ada ~ abang paya (payah) = ada ~ abang
sayang, tak ada ~ abang melayang prb orang yg disukai semasa ia
kaya (berharta) sahaja; setali tiga ~ prb sama sahaja keadaannya
(halnya);
wang-wangan mata wang tiruan, wang palsu;
berwang 1. mempunyai wang: dia tidak ~, satu sen pun tidak ada;
2. ki kaya, berharta;
mengewangi memberi modal kpd, membelanjai, membiayai;
mengewangkan menukarkan kiriman wang dll dgn wang;
kewangan perihal wang (keadaan atau urusan wang), segala
sesuatu yg berkaitan dgn wang; Kementerian K~ kementerian yg
menguruskan wang negara; kesukaran ~ kesukaran (kekurangan)
wang dll;
perwangan keadaan dan pengurusan wang.
wang II Kd; ~-wing berjalan mundar-mandir tanpa tujuan.
wang III sl; ~ hati sedih (pilu) hati.
wang IV singkatan bagi awang.
wangi I 1. sangat sedap baunya, harum; air (minyak) ~ air (minyak) yg
harum baunya; serai ~ serai yg harum baunya; 2. ki terkenal, harum:
namanya menjadi ~ di seluruh negeri;
berwangi-wangian memakai wangi-wangian: si isteri juga
digalakkan ~ ketika suami berada di rumah;
mewangi berbau harum, semerbak harum: sbg batik Lasam, makin
dibasuh makin ~ baunya;
mewangikan menjadikan wangi, mengharumkan: teh ini dibubuh
sehiris limau nipis yg bertikam cengkih, bukan utk menghiasnya
tetapi utk ~nya;
wangian bau (minyak) wangi: lebih semerbak drpd ~ kasturi;
wangi-wangian segala sesuatu yg harum, bau-bauan yg harum;
kewangian perihal wangi, bau wangi, keharuman;
pewangi sesuatu yg mewangikan (menjadikan berbau wangi),
pengharum: di Mesir, upacara keagamaan, terutama kematian
mestilah dilengkapi dgn penggunaan ~;
wangi II; akar ~ = rumput ~ sj tumbuhan (rumput), naga setu, narwastu,
Vetiveria zizanioides.
wangkang sj jong yg kecil, perahu besar.
wangsa (Sanskrit) bangsa, keluarga (raja, keturunan raja); muda ~ muda
bangsawan; ~ Shailendra keluarga raja-raja Shailendra.
wani Jw berani.
wanita bh orang perempuan, lwn lelaki: fikirannya tertumpu kpd ~-~
genit sahaja; kaum ~ kaum ibu, kaum puteri;
kewanitaan perihal wanita, sifat-sifat wanita, keputerian: Rohaya
mempunyai sifat ~ yg cukup lemah-lembut serta paras yg cantik;
pewanitaan (Bio) 1. perkembangan ciri-ciri kewanitaan; 2.
pencetusan atau perkembangan ciri-ciri seks sekunder wanita pd
lelaki.
wanti-wanti Jw berulang kali (melarang, memesan, dll), bersungguhsungguh.
wap gas yg terjadi drpd air (cecair) yg dipanaskan;
berwap mengeluarkan wap: menghirup teh yg ~;
mengewap menjadi wap, meruap: air dlm belanga sedang ~;
mengewapi mengasapi dgn wap, mengukus;
mengewapkan 1. memanaskan (memasukkan) dgn wap air panas,
mengukus: segala pakaian orang itu hendaklah direbus atau
diwapkan supaya mati segala hama; 2. menjadikan berwap,
mengeluarkan wap: ~ sesuatu bererti menukarkan bentuknya drpd
cecair menjadi gas;
pengewapan proses mengewap (mengewapi, mengewapkan).
WAP akronim bagi Wireless Application Protocol (Protokol Aplikasi
Tanpa Wayar, iaitu suatu sistem yg membolehkan pengguna
mengakses internet dgn menggunakan telefon bimbit).
war Kl berasa dahaga kerana makan kacang (kuih dll).
wara; wara-wara pemberitahuan, pengumuman, pengisytiharan.
warak I Ar taat dan patuh kpd Allah, tidak melanggar larangan agama;
kewarakan sifat warak: agar kehidupan setiap manusia terisi dgn
kebijaksanaan, semangat wira dan ~ mestilah dipupuk.
warak II badan.
warakatulikhlas Ar surat yg dikirimkan dgn tulus ikhlas (dlm suratmenyurat
cara lama).
waran 1. surat kuasa yg dikeluarkan oleh majistret, biasanya kpd pegawai
polis utk membolehkannya menangkap seseorang atau menggeledah
(merampas) harta, dll: ~ telah dikeluarkan utk menangkapnya; 2.
surat kebenaran yg membolehkan sesuatu pembayaran atau
penerimaan wang dibuat;
~ geledah perintah bertulis yg dikeluarkan oleh pihak berkuasa kpd
polis atau pihak berkuasa lain utk menggeledah sesuatu tempat bagi
mencari barang curi, dadah, dokumen dsb; ~ pencen surat yg
membolehkan bayaran pencen dibuat; ~ tangkap surat kuasa yg
dikeluarkan oleh mahkamah kpd pihak polis utk menangkap
seseorang kerana tidak hadir di mahkamah dsb.
warangan sl racun tikus dll: ~ kuning; ~ merah; ~ putih.
warangka Jw bahagian sarung keris yg di atas, sampir.
waranti jaminan secara bertulis yg diberikan oleh syarikat kpd pembeli
utk membaiki atau menukarkan sesuatu barang yg dibeli jika barang
itu rosak atau tidak berfungsi dlm tempoh masa tertentu.
waras 1. sihat, sembuh (jasmani): dia tidak hendak masuk bekerja kerana
kurang ~ rasa badannya; 2. sihat rohani (mental, ingatan); kurang
(tidak) ~ akalnya (ingatannya, otaknya, fikirannya) bp gila; fikiran
yg ~ fikiran yg sihat dan sempurna (dapat berfikir dgn baik); 3.
berdasarkan taakulan (bkn pertimbangan, keputusan dsb), menurut
pertimbangan atau fikiran yg wajar, rasional: keputusan itu dibuat
mengikut pertimbangan yg saksama dan ~;
mewaraskan mewajarkan tindakan, emosi dsb dgn memberikan
penjelasan, fakta dsb yg logik atau dapat diterima akal,
merasionalkan: sambil menghirup kopi, dia mencari-cari alasan
bagi ~ tindakannya tidak pulang ke kampung selama itu; dia hanya
diminta ~ fakta atau pandangan yg dikemukakan dlm rencananya;
kewarasan perihal waras, keadaan sihat (tubuh), keupayaan berfikir
(bkn otak atau fikiran);
ketidakwarasan perihal atau keadaan tidak waras (tubuh, otak).
warasa Ar pewarisan.
warawiri I Jw; kembang ~ bunga raya.
warawiri II Jw 1. bp berjalan ke sana ke mari dgn tiada tujuan, mundarmandir;
2. tidak tetap (pendirian dll).
warden 1. orang yg bertanggungjawab menjaga seseorang atau sesuatu; 2.
pegawai kerajaan yg bertanggungjawab dlm penguatkuasaan
undang-undang atau peraturan tertentu: permit sementara itu
hendaklah dikemukakan kpd polis, para pegawai JPJ atau ~ lalu
lintas apabila dikehendaki berbuat demikian.
wardi ark perintah;  ordi.
warga 1. ahli (suatu keluarga, syarikat, dll), anggota; ~ dalam kerabat raja
yg tinggal dlm istana; ~ dunia orang yg bukan rakyat sesuatu
negara; ~ jagat ark warga dunia; ~ kota penduduk kota; ~ tua bh
orang tua: Hari W~ Tua Sedunia disambut pd 1 Oktober; 2. ark
tingkatan masyarakat dlm agama Hindu, kasta;
kewargaan keanggotaan.
warganegara rakyat sesebuah negara (yg terdiri drpd penduduk asli
tempatan ataupun orang asing yg telah diterima menjadi rakyat
mengikut undang-undang): ~ Malaysia;
mewarganegarakan menjadikan warganegara;
kewarganegaraan perihal warganegara, kerakyatan sesebuah
negara: tidak seorang pun boleh dilucuti ~nya secara sewenangwenang;
pewarganegaraan perihal mewarganegarakan.
wari Mn; berwari sl maka (tersebutlah);  berwari.
warid I Ar menurut yg dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW (berdoa,
sembahyang, dll).
warid II urat nadi.
waringin Jw beringin.
waris I Ar 1. orang atau pihak yg berhak menerima pusaka orang yg telah
meninggal: apabila seseorang mati meninggalkan harta, maka
harta itu mestilah diturunkan kpd ~nya; ahli ~ orang yg menjadi
waris; 2. penjaga atau wali (kanak-kanak): apakah hukumnya jika
penjaga atau ~ kanak-kanak yg berumur tujuh hingga sepuluh
tahun mengabaikan ajaran sembahyang kpd kanak-kanak
tersebut? 3. = warisan harta pusaka, harta peninggalan: anak cucu
akan menerima ~ ayah bondanya;
~ ahli waris yg sebenarnya (anak dll); ~ kuat (yg karib) waris yg
hampir sekali (anak, cucu, dll); ~ negeri sl waris yg bakal
menggantikan sultan; ~ sah orang yg berhak menjadi waris menurut
hukum (adat, agama, dll);
berwaris meninggalkan waris, ada warisnya: bagi orang mati yg
tidak ~, urusan harta peninggalannya terserah kpd pemerintah;
mewarisi 1. menerima harta pusaka drpd, mempusakai: dia telah ~
tanah getah ibunya; 2. menurut dan membawa perangai (rupa, sifat,
dll) orang tua dll, mengikut jejak orang dll yg sebelumnya (dlm
pekerjaan dll): Martinah ~ muka ibunya; Semaun ~ sifat-sifat Pak
Kasa; ayah seorang lelaki yg ~ zamannya; 3. ki menerima apa yg
ditinggalkan: pegawai-pegawai tinggi Melayu yg sudah memang
biasa di kelab itu sejak zaman lampau, berasa diri mereka ~ sisasisa
nikmat menjadi tuan yg ditinggalkan oleh pegawai kolonial;
mewariskan 1. meninggalkan harta pusaka kpd, memberikan
pusaka atau peninggalan kpd: aku akan ~ hasil-hasil seni ini kpd
rakyatku; 2. menjadikan seseorang sbg waris; 3. ark mewarisi;
warisan 1. harta peninggalan, harta pusaka: Mimi pergi ke
Bandung utk suatu urusan ~; 2. sesuatu yg diwarisi, sesuatu yg
turun-temurun, peninggalan: kata jongos merupakan kata ~
kolonial;
kewarisan mendapat warisan;
perwarisan hal yg berkaitan dgn berwaris: undang-undang ~; hak
~;
pewarisan perihal mewarisi (mewariskan): penyelidikan tentang
asal-usul dan ~ segala gagasan bahasa merupakan bidang sejarah
linguistik;
pewaris orang (pihak) yg mewarisi, waris: kita adalah ~
kebudayaan yg terkaya dlm dunia; ~ ilmu Yunani; beliau muncul
sbg ~ jawatan Perdana Menteri.
waris II Jk = warisan selalu bernasib baik (dlm perniagaan dll),
beruntung, mujur.
warita ark sl berita, cerita, khabar, warta;  urit.
warkah, warkat Ar 1. surat: senang sungguh hatinya menerima ~ itu; 2.
kandungan (isi) surat.
warna 1. kesan yg didapati oleh mata drpd cahaya yg dipantulkan oleh
benda-benda (dgn gelombang yg berbeza-beza) yg dilihatnya, rona:
~ merah; ~ hijau: ~ cempaka; ~ tua; ~ muda; 2. bermacam-macam,
berbagai-bagai (dlm kata majmuk): ~ sari; 3. ragam atau corak
(keadaan atau sifat sesuatu): pekerjaan saya banyak memerlukan
pengetahuan tentang bentuk dan ~ negara lain; 4. ark kasta atau
golongan (dlm masyarakat): masyarakat Hindu mempunyai empat
~;
~ biji remia Kd warna ungu; ~ dasar (utama) warna iaitu merah,
biru dan kuning, yg menjadi dasar utk memperoleh warna lain; ~
karat warna coklat gelap dgn campuran warna merah atau
kekuningan; ~ primer warna dasar (utama); ~ sekunder warna yg
terhasil drpd dua warna primer;
berwarna 1. mempunyai warna (spt merah, hijau, dll), ada
warnanya: kain tabir ~ biru tua; bangsa (kulit) ~ bangsa yg
kulitnya hitam (coklat dll), bukan bangsa kulit putih; 2. menarik,
istimewa, berlainan drpd sesuatu yg biasa: pelbagai kaum
mempunyai cara hidup, kepercayaan, dan sifat semula jadi sendiri
dan ini menjadikan suasana di sini lebih ~ dan unik;
berwarna-warna = berwarna-warni.
mewarnai 1. = mewarnakan memberikan berwarna (bercorak),
menyapu dgn warna: kanak-kanak hendaklah disuruh mencuba ~
lukisan mereka; 2. ki meragamkan, mencorakkan, memberikan
corak (yg tertentu) kpd: kedua-dua ciri inilah yg ~ sesuatu budaya;
pewarnaan perihal atau proses mewarnakan (mewarnai): mulakan
dgn ~ pipi;
pewarna bahan utk mewarnakan (mewarnai).
warna bunyi ark, Id fonem.
warna nada Id warna suara.
warna sari 1. berjenis-jenis bunga, bermacam-macam; 2. kumpulan
bermacam-macam karangan yg penting-penting (indah dll), antologi,
bunga rampai.
warna-warni 1. berbagai-bagai warna(nya) (spt biru berserta merah dan
warna-warna lain): bangunan yg dihiasi bendera ~; 2. berbagaibagai
ragam atau corak, aneka ragam: ~ dlm puisi Malaysia
mutakhir;
berwarna-warni 1. mempunyai warna yg berbagai-bagai,
bermacam-macam warnanya, beraneka warna: hulu keris itu dihiasi
dgn permata yg ~; 2. mempunyai atau menunjukkan ragam atau
corak yg berbagai-bagai, beraneka ragam: tiga belas esei dlm
terbitan ini membicarakan tiga belas bidang budaya yg ~ dan
beragam;
mewarna-warnikan menjadikan berwarna-warni.
warna warta bermacam-macam berita (khabar).
warta berita, khabar: tidak pernah kami dengar ~ bahawa manusia
menjadi binatang; juru~ jurukhabar, wartawan;
~ berita berbagai-bagai berita; ~ harian surat khabar yg diterbitkan
setiap hari; ~ kerajaan risalah yg diterbitkan oleh kerajaan utk
menyiarkan undang-undang (pelantikan dll) yg telah disahkan oleh
kerajaan; ~ sepekan Id majalah yg dikeluarkan seminggu sekali;
~ dibawa pikat dan langau sl perkhabaran yg belum sah, khabar
angin;
mewartakan memaklumkan, memberitahukan, mengkhabarkan:
pemberita kita di Melaka ~ bahawa pemilihan johan bagi negeri
itu telah selesai;
terwarta telah diwartakan: teks ~;
pewartaan perihal mewartakan, pemberitaan, pengkhabaran,
pemberitahuan;
pewarta orang yg memberitakan, pemberita.
wartawan orang yg menulis berita atau rencana utk surat khabar atau
majalah; ~ bebas wartawan yg bebas menulis utk sebarang akhbar
(majalah);
kewartawanan yg berkaitan dgn bidang tugas (kegiatan dll)
wartawan, segala yg berkaitan dgn hal penerbitan dan penulisan
surat khabar atau majalah: saya memilih jurusan ~ ; serentak dgn
perkembangan pesat media elektronik, timbul pula tuntutan supaya
wartawan generasi sekarang tidak semata-mata terlatih dlm
bidang komunikasi biasa tetapi perlu juga dilatih dlm disiplin ~
penyiaran.
wartawati ark wartawan wanita.
wartel (wart�l) Id akronim bagi warung telekomunikasi (iaitu tempat yg
menyediakan khidmat telefon).
waru sj tumbuhan (pokok kecil), baru-baru, baru laut, buah keras laut,
Thespesia populnea.
warun (Sanskrit) sl sj dewa laut.
warung kedai kecil tempat menjual makanan dan minuman, lepau: ~
makan; ~ kopi;
berwarung mempunyai (berniaga) di warung, berlepau.
wasak Ar kemampuan yg terbawa oleh unta (lebih kurang 180 kati atau
109 kilogram).
wasangka = syak ~ syak dan sangka, curiga, kecurigaan, kebimbangan
hati, khuatir (bimbang, ragu-ragu), sangsi: tegur sapa orang
dijawabnya dgn tulus dgn tiada menaruh syak ~ sedikit jua;
berwasangka menaruh syak wasangka: janganlah kita begitu
mudah ~ terhadap orang lain.
wasap wap yg terbebas drpd cecair mudah meruap yg kelihatan spt asap,
biasanya beracun dan kuat baunya;
mewasapi mengenakan atau menyemburkan wasap pd sesuatu
tempat dsb utk membasmi hama, serangga dsb: pihak berkuasa
tempatan telah ~ kawasan perumahan itu utk mencegah pembiakan
nyamuk Aedes;
pewasapan perihal (proses, perbuatan dsb) mewasapi: ~ ini akan
membasmi segala serangga perosak yg mungkin terdapat bahan
tumbuhan itu;
pewasap bahan atau alat yg digunakan utk mewasapi: kaedah ini
juga melibatkan pendedahan kpd bahan kimia spt asap dan bahan
~.
wasi Ar orang yg dilantik utk menunaikan wasiat.
wasiat I kehendak yg penghabisan yg disampaikan oleh orang yg hampir
meninggal (bkn harta benda dll), pesan yg terakhir: aku telah
satukan kamu semua dgn seberapa daya yg boleh spt ~ ibu engkau
itu; surat ~ surat yg menyatakan kehendak orang yg meninggal;
berwasiat membuat wasiat, berpesan: dia ~ kalau dia mati segala
hartanya diberikan kpd isteri dan ibunya; Khalifah Abu bakar
telah ~ kpd Usamah dan tenteranya;
mewasiatkan memberi wasiat, menentukan orang sbg waris,
mewariskan: maksud hamba yg kedua ialah hendak ~ sekalian
harta;
pewasiat orang yg membuat (meninggalkan) wasiat.
wasiat II 1. pusaka; keris ~ keris pusaka; 2. yg bertuah, yg dapat
membuat sesuatu yg ganjil dll, yg aneh, yg ghaib: tongkat ~.
wasiat III Id; Kitab W~ Baru (Lama) Kitab Perjanjian Baru (Lama) dlm
agama Kristian.
wasilah, wasilat Ar ikatan, perhubungan, pertalian: apa yg jelas dan
nyata ialah ilmu yg dituntut oleh manusia hanyalah sbg ~ dan
jalan utk mengenal Allah.
wasir singkatan bagi bawasir.
wasit Ar 1. sl orang tengah (dlm perniagaan dll), pengantara; 2. orang yg
meleraikan (orang berkelahi dll), pelerai, pendamai; 3. pengadil
(dlm pertandingan bola sepak dll).
wasitah Ar 1. wasit perempuan; 2. pengantara (dlm perkahwinan),
telangkai; 3. orang perempuan yg boleh berhubung dgn orang halus;
ilmu ~ ilmu pengetahuan yg boleh menghubungkan diri seseorang
dgn roh.
waskita ark awas, berjaga-jaga, waspada.
waslah Ar tanda dlm tulisan Arab yg menunjukkan penyambungan yg
menghilangkan bunyi huruf alif (hamzah), penghubungan,
perangkaian.
waspada = berwaspada tidak cuai, berawas-awas, berhati-hati, berjagajaga,
beringat-ingat: dia selalu ~ dan berhati-hati benar;
kewaspadaan perihal atau keadaan waspada: ~ tentera kita
diperhebat lagi.
wassalam Ar 1. selamatlah, sejahteralah; 2. hormat dan takzim drpd
(biasanya pd penutup surat).
waswas I 1. (perasaan) sangsi: dia mahu suaminya hidup di sisinya tanpa
bimbang dan ragu-ragu, tanpa syak dan ~; 2. (perasaan) curiga,
kecurigaan: drpd perjumpaan itu hilanglah ~ aku kepadanya;
seorang babu yg tidak pernah aku lihat yg berwajah samseng
mengerling aku dgn ~ dr pintu; 3. khuatir: janganlah Datuk berasa
~ terhadap perkataan hamba;
mewaswaskan menyebabkan berasa waswas: saya ingat tidak ada
apa-apa lagi yg boleh ~ hati;
kewaswasan rasa (keadaan) waswas: dlm dirinya ada ~ tentang
kesahan sembahyangnya;
waswas II Ar sangkaan buruk yg merunsingkan hati (fikiran dll), godaan
batin.
wat rumah berhala Buddha, kuil, tokong: mereka bersoal jawab dgn salah
seorang sami di ~ tersebut.
watak 1. sifat (seseorang) yg zahir dan batin (merangkumi budi pekerti
dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dsb):
kesopanan dan ketenangan mereka menggambarkan ~ orang yg
berpendidikan; 2. tokoh atau pelaku dlm karya sastera atau seni
(spt novel, cerpen dan drama, dsb): penulis itu memberikan
personaliti kpd tiap-tiap ~nya;
berwatak mempunyai watak, berbudi pekerti, berkeperibadian: dia
sendiri memang sudah ~ seniman;
berwatakkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg watak:
nama Parameswara tidak pernah disebut dlm Sejarah Melayu,
tetapi yg disebut ialah Raja Iskandar Syah yg tentunya ~ Islam;
memperwatakkan membentuk watak (seseorang pelaku dlm
cerita), menggambarkan (memaparkan dsb) watak: ketaralah
bahawa kejadian-kejadian dlm drama "Tamu di Bukit Kenny"
tertumpu kpd fikiran, kelakuan, dan tindakan Si Pegawai yg
diperwatakkan sbg manusia yg agak baik;
perwatakan 1. watak (seseorang) keseluruhannya, keseluruhan
watak: ~ Panji Semirang pd keseluruhannya tidak lari drpd sifat
asasinya sbg seorang perempuan; 2. pembentukan watak,
penggambaran (pemaparan dsb) watak.
watan Ar tanah air, tanah tumpah darah: rela berkorban utk berbakti kpd
~;
kewatanan semangat utk membela nasib bangsa dan negara: faham
kebangsaan Melayu berdasarkan ~, rasa kemanusiaan, dan
persaudaraan.
watang Jw, sl batang (pohon kayu).
wataniah Ar perihal tanah air, yg berkaitan dgn tanah air; tentera ~
tentera sukarela.
watas Jw batas, perenggan, sempadan: sebatang sungai mengalir dekat ~
kebun itu;
berwatas, berwatasan berbatasan, berperenggan, bersempadan: di
sebelah utara Tanah Arab, ~ dgn daerah Kerajaan Rom;
mewatasi membatasi, menyempadani;
perwatasan perbatasan.
watek Jw watak.
watermantel IB, bp sj senapang mesin besar yg larasnya berselongsong
yg diisi dgn air.
waterpas IB, 1. bp sj alat utk menentukan rata tidaknya (permukaan dll);
2. rata (permukaan dll).
waterpruf bp tidak masuk air, kalis air, kedap air: jam tangannya ~.
wates  watas.
wati ark 1. sl alam, angkasa, langit (dlm kata majmuk); 2. bentuk yg
menyatakan perempuan (spt yg digunakan dlm perkataan
peragawati dan seniwati).
watikah surat dsb yg menjadi bukti sesuatu pengiktirafan (kuasa, hak,
dsb) yg diberikan kpd seseorang: pengisytiharan itu telah
dibacakan oleh Menteri Besar Perak sebaik-baik sahaja beliau
menerima ~ drpd Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
watt (Fiz) unit ukuran kuasa elektrik.
wattan jumlah kuasa elektrik yg diukur dlm nilai watt.
watt-jam unit kerja atau tenaga yg bersamaan dgn 1 watt kuasa elektrik
yg digunakan selama 1 jam.
wau I layang-layang yg dibuat drpd kertas dan buluh: ~ bulan; ~ kapal; ~
kemetek;
bagai ~ putus teraju prb putus harapan dan berserah kpd nasib;
laksana ~ melawan angin prb membuat pekerjaan yg tidak mungkin
terkerjakan.
wau II 1. huruf ke-26 abjad Arab (mempunyai nilai enam); 2. huruf ke-
30 abjad Jawi; tahun ~ tahun yg ketujuh dlm satu windu: pd tahun
Hijrah seribu seratus sebelas, tahun ~.
wau III sr utk melahirkan rasa kagum, terkejut, atau seronok: ~, besarnya
ikan ini!
wawa, wawak wakwak.
wawancara soal jawab antara wartawan dsb dgn orang yg terkemuka dll
utk mendapatkan keterangan (pandangan dsb) utk disiarkan, temu
ramah, temu bual, interviu;
berwawancara bersoal jawab antara wartawan dgn orang yg
terkemuka dll, bertemu ramah, bertemu bual;
mewawancara, mewawancarai mengadakan (melakukan)
wawancara, menemuramah, menemu bual, menginterviu: dr siang
tadi sampai petang ini rajin sekali doktor Robert Winata
memeriksa sambil mewawancarai diriku; sebuah akhbar mingguan
telah ~ beberapa orang pemuda bukan Melayu;
pewawancara orang (wartawan dsb) yg mewawancara, penemu
ramah, penemu bual, penginterviu.
wawansabda ark wawancara;
berwawansabda berhubung: memungkinkan insan ~ dgn pencipta-
Nya.
wawas; mewawaskan menghasilkan wawasan: jika mahu membentuk
masyarakat Malaysia yg bertaraf maju spt yg diwawaskan,
sembilan cabaran hendaklah diatasi;
wawasan 1. fahaman atau tanggapan bkn sesuatu hal, pandangan,
konsepsi: pola penceritaannya lebih kelihatan spt main-main, iaitu
tidak didukung oleh kematangan ~; 2. pandangan jauh
(terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan) bagi
mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara, visi:
W~ 2020; kita mestilah proaktif dan ada ~ jika ingin berjaya dgn
cemerlang;
berwawasan mempunyai pandangan jauh tentang kemajuan atau
perkembangan masa depan sesuatu: agama Islam berjaya
membentuk tamadun yg harmoni, merdeka dan ~ tinggi;
sememangnya dia seorang pemimpin yg ~.
wayang 1. patung dll yg dibuat drpd kulit dll utk mempertunjukkan
sesuatu cerita: kita adalah ~ di tangan dalang; 2. pertunjukan
pentas (sandiwara, bangsawan, dll); anak ~ orang yg berlakon dlm
pertunjukan pentas (sbg profesion); 3. = ~ gambar = ~ gelap
pertunjukan gambar hidup yg berupa cerita dsb (yg ditayangkan pd
layar putih): budak-budak di situ dapat menonton ~ gambar di
sebuah panggung tempatan;
panggung ~ tempat wayang gambar dipertunjukkan (ditayangkan);
~ bangsawan sj pertunjukan pentas (sandiwara dan nyanyinyanyian);
~ Cina = ~ potehi sj permainan pentas orang Cina; ~
golek = ~ kelitik = ~ kerucil = ~ patung = ~ tongkol wayang yg
dibuat drpd kayu (berupa anak-anakan dll); ~ kulit = ~ purwa
wayang drpd patung-patung yg diperbuat drpd kulit; ~ orang sj
sandiwara Jawa dgn tarian yg diiringi oleh gamelan (melakonkan
cerita-cerita yg berasal drpd kitab Mahabharata); ~ suluh Id wayang
kulit yg dimainkan dlm bahasa Indonesia;
mewayangkan memainkan wayang, menjadikan lakonan wayang,
melakonkan, mendalangkan.
wayar dawai, kawat: ~ elektrik; ~ telefon.
wayarles (wayarl�s) 1. tidak melalui kawat tetapi melalui gelombang
elektrik di udara (utk menghantar berita); 2. alat yg digunakan utk
menghantar atau menerima berita dll tanpa melalui kawat.
wayu sl angin, bayu.
wayuh Jw beristeri lebih drpd seorang.
wazir sl menteri, perdana menteri.
we (w�)  weh.
Weda (w�da) kitab suci agama Hindu (dlm bahasa Sanskrit).
Wedam (w�dam)  Weda.
wedana Jw ketua daerah;
kewedanaan pejabat (tempat kediaman atau daerah) wedana.
wedani Jw sj tumbuhan (pokok memanjat), Quisqualis indica.
wede (w�d�) IB, bp wakil, paltu.
weduk Jk kebal;
kewedukan ilmu kekebalan.
wegah Jw rasa tidak suka melakukan apa-apa, enggan, malas, segan.
weh (w�h) sr utk menarik perhatian orang: adinda ~, dengar kekanda
bermadah; awak nak minum juga ~?.
weharima (w�harima) (Sumbawa) ark gotong-royong.
wejang Jw; diwejang diberi nasihat (tunjuk ajar dll);
wejangan 1. ajaran, nasihat, tunjuk ajar: demikianlah ~ ayah yg
tidak pernah kulupakan; 2. pidato yg bertujuan utk menyampaikan
pengajaran: setiap orang ingin melihat pemimpinnya, menyentuh
pemimpinnya, mendengarkan ~nya.
weker (w�ker) IB jam utk menjagakan, jam gerak, beker.
welahar ark tasik kecil.
welas Jw belas, kasihan; ~ asih belas kasihan.
welasan (Palembang) tambahan (tiap sepuluh ditambah satu), imbuh.
weling Jw pesan, wasiat.
welirang Jw belerang.
Weltanschauung (w�ltanschauung) (Jerman) pandangan menyeluruh,
terutama bagi seseorang individu terhadap kehidupan manusia dan
alam sejagat.
wenang Jw wewenang;
berwenang mempunyai hak (utk berbuat sesuatu): ketua regu itu ~
utk menuntut ketaatan anggota regu;
sewenang-wenang, bersewenang-wenang 1. (membuat sesuatu)
dgn sekehendak hati sahaja, dgn semahu-mahunya: kita tidak boleh
membiarkan kaum bapa ~ sahaja bertindak terhadap kaum ibu; 2.
bermaharajalela (melakukan sesuatu), kejam, zalim: tawanan
mereka telah disakiti dgn cara yg kejam dan ~; 3. melakukan
sesuatu tidak dgn teliti (dgn sembarangan sahaja, tidak dgn usul
periksa): kata nasional yg digunakan dgn ~ itu sangatlah
mengelirukan;
kesewenang-wenangan perbuatan sewenang-wenang, kezaliman;
kewenangan hak dan kekuasaan utk berbuat sesuatu.
werak (w�rak), werek (w�rek) Jw, bp orang yg mencari-cari buruh
kontrak (biasanya dgn menggunakan tipu helah).
Wesak (w�sak); Hari W~ hari perayaan keagamaan yg dirayakan oleh
penganut agama Buddha pd bulan Mei setiap tahun.
wesel (w�sel) I IB 1. = pos ~ surat utk mengirim wang kpd seseorang
(syarikat dsb) yg dikeluarkan oleh pejabat pos; 2. surat ~ surat yg
membolehkan seseorang mengambil wang yg dikirimkan (di pejabat
pos).
wesel (w�sel) II IB alat utk mengalihkan rel kereta api di persimpangan
(persambungan) rel; salah ~ bp salah faham, salah pengertian,
keliru.
weskot (w�skot) ark sj baju dalam yg tidak berlengan, labuhnya hingga ke
pinggang, berbutang depan, dan dipakai di bawah kot atau jaket,
rompi.
wet (w�t) I IB undang-undang, hukum.
wet (w�t) II Kl; mengewet membengkokkan (benda yg keras dan
panjang).
wetan (w�tan) Jw timur.
wewangian ark wangi-wangian.
wewenang Jw hak dan kekuasaan (utk berbuat sesuatu): eh, kalau aku
punya ~, aku juga ingin punya duit banyak-banyak.
WHO kep World Health Organisation (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).
wibawa = kewibawaan 1. kekuasaan, hak, atau keupayaan yg
membolehkan seseorang dll menguasai atau mengarah orang lain
atau menerbitkan pengaruh yg kuat: kewibawaannya sbg pemimpin
persatuan itu dipertikaikan; memang benar pemimpin yg dikurniai
daya penarik dan ~ utk menggerakkan rakyat itu seorang diktator;
~nya terpelihara dan dia akan menguasai terus masyarakatnya; 2.
sifat atau keistimewaan sesuatu, spt sesebuah institusi atau terbitan
yg menjadikannya dapat dipertanggungjawabkan atau dijadikan
pegangan: ~ Dewan Bahasa dan Pustaka sbg badan pembinaan
dan pengembangan bahasa;
berwibawa = berkewibawaan mempunyai wibawa (kewibawaan):
penggunaan kata ini akan diterima orang akhirnya jika kamus
tersebut ~; utk menjadi media massa yg ~, maka gaya, isi, dan
pendekatannya harus ditumpukan pd manusia dan
permasalahannya yg sebenar; pemimpin juga harus cekap berfikir,
cekap berpidato, mempunyai karisma tertentu, ~ tinggi, serta
sentiasa bercakap positif.
widara bidara.
widuri Jw sj tumbuhan (pokok renek), Caloptropis gigantea.
wig sj rambut palsu berkeriting berwarna putih, yg dipakai oleh hakim dsb
semasa perbicaraan di mahkamah.
wih weh.
wijaya (Sanskrit) sl kemenangan, menang; ~ mala (mulia, kesuma) sl sj
bunga sakti yg dipercayai boleh menghidupkan orang mati.
wijen (wij�n) Jw bijan.
wijil Jw jalan keluar, pintu.
wikalat Ar jawatan (sbg) wakil, perwakilan.
wiket (wik�t) (dlm permainan kriket) tiga kayu pancang yg dipacak dgn
dua anak pancang melintang di atasnya, yg ditujui oleh bola yg
dibaling oleh pihak lawan, dan yg dihadang oleh pemukul.
wiku sl pendeta yg bertapa.
wila; orang ~ suku bangsa orang asli di Kedah.
wiladah Ar; mandi ~ a) mandi yg diwajibkan bagi ibu yg baru bersalin
(dlm agama Islam); b) upacara mandi bagi perempuan hamil (7
bulan), mandi lenggang perut, mandi tian.
wilangon Jw, sl asyik berahi, dendam berahi.
wilangun Jw, sl wilangon.
wilayah Ar jajahan, daerah, kawasan, negeri, provinsi: ~ Jawa Barat; ~-~
Afrika Tengah; hak ~ Id hak utk menguasai tanah dll (tetapi tidak
memiliki);
kewilayahan sifat yg mementingkan wilayah atau daerah sendiri.
wilayat Ar wilayah.
wilis Jw, sl biru kehijau-hijauan, hijau tua, ratna ~ sl permata yg hijau.
wilmana (Sanskrit) sl kereta, kenderaan.
windu jangka waktu yg lamanya lapan tahun, daur kecil;
berwindu-windu beberapa windu (lamanya).
wineka (win�ka) ark sangat hati-hati (terhadap sesuatu).
wingit Jw suci dan keramat, muhtasyam;
kewingitan keadaan wingit, kekeramatan: malam terus bening,
disepuh ~ yg turun bersama rintik-rintik pawitera dr puncak
wisesa.
wira sl pahlawan, lelaki;
kewiraan sifat-sifat sbg seorang wira: ternyata bahawa ~ Benjamin
tidak sama dgn ~ Ratu Bongsu.
wirama irama.
wirang Jw aib, malu; membalas lara ~ membalas dendam kerana diberi
malu.
wiraswasta orang yg bijak dan berkebolehan dlm mengusahakan aktiviti
perniagaan atau perdagangan secara profesional, spt mengenal pasti,
menentukan keluaran baru, dsb: usahawan Melayu bukan sbg
kapitalis yg berwatak binatang ekonomi, tetapi sbg ~ Muslim yg
terikat dgn norma dan etika agamanya.
wirawan sl gagah berani, gagah perkasa: kenapakah kamu menanyakan
yg serupa itu, wahai anak muda yg ~?
wirawati perempuan yg gagah berani (gagah perkasa): Florence kini
muncul sbg ~ olahraga Amerika Syarikat bagi era 1988.
wirid Ar 1. petikan drpd Quran yg ditentukan utk dibaca (dipelajari dll);
2. zikir yg dibaca selepas sembahyang;
berwirid membaca wirid, berzikir: lepas sembahyang, mereka ~
membilang tasbih.
wirit; wiritan bp amalan, kelaziman, kebiasaan.
wiron wiru.
wiru Jw lipatan (pd kain dll);
berwiru-wiru berlipat-lipatan (kain dll).
wisata (ber)darmawisata.
wisatawan orang yg berdarmawisata, pelancong.
wisel (wis�l) sj alat berupa tiub kecil dsb yg mengeluarkan bunyi siulan yg
nyaring apabila ditiup: sebaik-baik ~ berbunyi mengisyaratkan
kereta api itu akan bertolak, Ramlan dgn segera turun mencium
tangan ibu bapanya.
wisesa (wis�sa) ark kekuasaan yg tertinggi.
wiski minuman keras yg diperbuat drpd bijian, spt barli, oat, rai, dll.
wisma 1. rumah; 2. bangunan yg di dalamnya terdapat ruang pejabat,
kedai, dsb: W~ Persekutuan; W~ Yakin.
wit Kl, Pr; mengewit mengarahkan (perahu dll) ke tempat yg dituju.
witir Ar ganjil (bilangan); sembahyang ~ sembahyang sunat yg bilangan
rakaatnya ganjil dan dikerjakan antara selepas sembahyang isyak
dgn waktu subuh.
wiyata Jw ark pengajaran: ~ praja jawatan urusan pengajaran di
Yokyakarta.
wizurai sl naib raja, gabenor jeneral; waizuri.
woksyop bp bengkel.
wolanda ark Belanda.
wolfram sj logam yg tahan dibakar, tungsten.
wong Jw orang.
wongweng (wongw�ng) Pl mundar-mandir, ulang-alik, bolak-balik.
wortel IB sj lobak merah.
worawari Jw bunga raya.
writ (Udg) perintah atau proses yg dikeluarkan oleh mahkamah atau
pegawai kehakiman meminta mana-mana orang melakukan atau
tidak melakukan sesuatu, dan yg mengandungi arahan tentang apa
yg patut dibuat; ~ habeas corpus writ yg boleh membebaskan
seseorang drpd tahanan yg tidak sah; ~ pilihan raya writ yg
dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yg mengandungi arahan
menghendaki pegawai pengurus sesuatu bahagian pilihan raya
mengambil langkah bagi mengadakan suatu pilihan raya mengikut
cara yg ditetapkan oleh undang-undang.
WTO kep World Trade Organization (Pertubuhan Perdagangan Dunia,
iaitu pertubuhan antarabangsa yg menggalakkan dan mengawal selia
perdagangan antara negara-negara anggotanya).
wuduk I 1. Ar perbuatan menyucikan diri dgn air (sebelum beribadah, spt
bersembahyang): sudahkah engkau mengambil ~?; 2. air
sembahyang; ada ~ ada air sembahyang atau berada dlm keadaan
yg membolehkan seseorang beribadah, spt bersembahyang,
membaca al-Quran, dll;
berwuduk menyucikan diri (sebelum sembahyang), mengambil air
sembahyang: tidak sah ~ kalau tidak disertakan niat; tawaduk II.
wuduk II Jw; nasi ~ nasi yg dimasak dgn santan dan bumbu; uduk II.
wujud 1. ada (sesuatu), sedia ada; 2. sesuatu yg ada bentuknya (dapat
dilihat, dipegang, dll); 3. benda yg nyata (bukan roh dll), rupa dll yg
dapat dilihat;
berwujud 1. memang ada (boleh dipandang, dipegang, dll), berupa
benda yg nyata; 2. konkrit, maujud, nyata;
mewujudkan 1. menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dll),
mengadakan: kadang-kadang amanah diwujudkan melalui
perjanjian secara lisan di kalangan keluarga; 2. melaksanakan
(cita-cita dll); 3. menerangkan (memperlihatkan) dgn benda yg
nyata;
terwujud sudah diwujudkan (dilaksanakan): ada suatu waktu
ketika alam belum lagi ~;
kewujudan perihal wujud (sesuatu), adanya (sesuatu);
perwujudan 1. bentuk atau rupa (yg benar-benar dapat dilihat dll);
2. sesuatu yg berwujud (kelihatan dlm mimpi dll); 3. sesuatu yg
konkrit (maujud, nyata); 4. pelaksanaan (cita-cita dll);
pewujudan perbuatan atau proses mewujudkan.
wul; ~ kaca serat kaca yg dipintal halus spt kapas; ~ kapas kapas yg
diolah menjadi putih dan bersih (biasanya digunakan utk tujuan
perubatan); ~ keluli gumpalan serat keluli yg halus (biasanya
digunakan utk menggilap).
wuquf Ar berhenti: ~ di Arafah berhenti (hadir) seketika di Arafah pada 9
Zulhijah antara ketika gelincir matahari hingga ketika terbit fajar
hari kesepuluh (salah satu rukun haji).
wusyu seni mempertahankan diri orang Cina.
wuwungan Jw bumbungan.
"
Source : http://semerahtinta.blogspot.com/2011/09/daftar-kata-huruf-w.html


Madah diungkap santun bitara

Pantun dilantun mengusik hati

Salah dan silap tutur bicara

Pohon diampun seikhlas hati



Video yang berkaitan dengan Daftar Kata Huruf W


Related Post

0 Komentar untuk "Daftar Kata Huruf W"

Back To Top